Tuesday, February 7, 2012

Rojak

Salam

Tak tau nak letak tajuk apa, makanya aku just letak rojak je lah sebab citer pun bercampur-campur. Almaklum aku ni kan rajin sangat nak menghupdate blog. pfftt..

Mula2 nak cite pasal cicak. not cicak man okey. ni cicak yang putih yang boleh nampak urat dia tu.. eww.. geli okeyh..Aku jumpa cicak ni masa nak solat zuhur. Dia landing baik punya kat atas sejadah. Nasib baik perasan cicak ni sebelum aku capai sejadah tu.




cicak yang mengelikan.


Then aku yang semula jadi bersifat agak malu2 kucing, cepat2 capai hanger nak membuat balingan ala2 balingan manja dekat cicak tu. Makanya cicak yang 'terkejut cicak' terus melompat daripada tempat yang tinggi. Agak2 rasa dah selamat terus amik sejadah dan solat. Lepas solat, try lah tengok semula cicak tu kat mana. (nampak sangat aku solat tak khusyuk . keh3). Tiba2 perasan ada bangkai cicak. Try lah kuis2 dengan hanger. Manalah tau cicak tu pura2 mati ke. Setelah dikuis2 aku biarkan dulu mana lah tau dia lari ke lepas tu.

Kemudian selepas sejam lebih aku biarkan, still macam tu jugak cicak tu, maka aku istiharkan 'cicak mati' dekat dia. Dan aku tak rasa aku penyebab kematian dia akibat terjun daripada tempat yang tinggi. keh3. Nak membuang satu hal. Aku ni kan geli geleman sikit dengan binatang2. haih.. tak mau cerita. Naik geli aku. hak3

Ni citer lain pulak. Sekarang aku sedang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. see hebat aku berperisa eh berperibahasa owkeyh.

Dah 7 haribulan tapi aku masih tak dapat gaji lagi. Nasib duit simpanan aku, aku tak simpan dalam bank. Kalau tidak, memang dah keluarkan dah semalam. hehe. Ni pun ada lah sikit untuk bayar duit parking kereta untuk bulan ni (lepas ni nak cari tempat keje yang tak payah bayar parking bulan2). Adalah sikit duit untuk aku makan sebelum dapat gaji. Tapi takpelah. aku tak kisah. Sebab minggu2 aku balik kampung. keh3. Beli barang dapur pun swipe saja. (guna kad kedit mak aku, sebab aku mana ada kad kredit. Tapi segala resit kena kumpul untuk bayor balik. keh3)

Aku harap, esok aku dapatlah gaji aku. Eh. esok aku keje pagi. Mau tido dulu.. Cao cin cau..


Wednesday, February 1, 2012

Asrama

Salam..

Semalam baru lepas hantar adik bongsu saya pergi daftar sekolah asrama. First time hantar orang pergi sekolah asrama sebab sebelum ni, diri ini yang dihantar ke asrama oleh orag lain. Perasaan saya ada lah nak gelak guling2.. haha

Ingat lagi masa zaman kanak2. Umur baru 13 tahun dah kena merantau negeri orang lain. Ada satu part tu, baru 3 hari kena tinggal terus malam tu kol ibu nak balik. Alasan sebab tak start belajar lagi (ada orientasi). Bosan buang masa kat sini. Cakap sambil tahan suara nak nangis. Padahal homesick tapi bajet alasan macam pelajar cemerlang..keh3. Tapi faham2lah ibu saya ni macam mana. Mana nak layannya budak manja2 ni.

Dulu nak tepon rumah kena beratur dekat public phone. Panjang pulak tu barisan. Dengar lah macam2 perbualan. Paling ingat ada budak komplen dekat mak dia pasal spender hilang. Masih ingat gerangan siapa budak tu tapi terpaksa dirahsiakan identitinya untuk mengelak saman malu.keh3

Dulu, bila nak kena balik asrama je, jiwa terus jadi gundah gulana. Dalam keta duk tido je tapi dalam hati tengah doa banyak2 biar lambat sampai asrama. Dah sampai asrama, angkat barang2 then minta alasan suruh ibu tolong kemaskan barang2 sekali. Padahal nak suruh ibu duk lama2 sikit jangan balik dulu.hehe. Then bila tiba masa ibu nak gerak balik, muka tahan nak nangis. Hati sebal je..keh3

Dulu, kadang2 akan dapat surat dari ibu. Tapi akan dapat surat bila ibu ada post barang lah. Kalau tak, kirim salam lah nak dapat surat. Dalam surat tu, ibu pesan belajar rajin2, bagi kata2 semangat. Menangis baca surat dari ibu. Tapi sekarang ada lagi ke orang nak buat. hehe

Dulu, time zaman kanak2 PMR, bila ada homework BI je, konfem serah kat ibu. Terutamanya bila kena buat essay. Minta Ibu tolong buatkan, kemudian salin je essay yang ibu dah buat. Hantar dekat teacher, cemerlang je essay. keh3

So, bila hantar adik bongsu pergi belajar di asrama, dalam hati macam2 persoalan keluar, "Boleh survive ke budak ni?" "Apsal sekolah ni macam leceh je dari sekolah aku yang dulu" "Agak2 nangis tak budak ni?".

Tapi, walau apa2pun, pengalaman bersekolah diasrama adalah sangat best sebab korang membesar bersama2 rakan2 korang. Dari budak hingusan hinggalah membesar menjadi seorang budak berdikari.

Tuesday, January 17, 2012

Johor...

Salam semua..

Happy New Year (walaupun dah pertengahan bulan Januari dah pun) and Happy Birthday to me. hehe..

Masih ingatkah anda pada entri saya yang lepas iaitu tentang pengalaman saya interview pasal naruto and bleach? Sila lihat DISINI ini jika anda belum membacanya..

Percaya atau tidak hakikatnya saya sudah hampir 4 bulan saya sudah bekerja disyarikat itu.. And its AWESOME!!!
Walaupun hakikatnya hampir 90% staff disitu adalah berbangsa Cina dan selebihnya berbangsa Melayu dan seorang berbangsa India, tetapi kami mengamalkan hidup SATU MALAYSIA.. (saya tak faham motif sebenar saya tulis ayat ni..haha)

Sekarang, saya masih menunggu confirmation job offer from Johor. Ini adalah diluar perancangan saya pun.. Hakikatnya, pakcik saya yang offer job ni, dan saya sangat keberatan menerimanya. Yalah, famili saya disini, my cinta hati juga disini.. Johor dan Selangor bukannya negeri berjiran, apatah lagi kota berjiran. Tapi, yang membuatkan saya bertekad untuk mencuba nasib apabila terjadinya satu peristiwa dimana ini adalah perbualan diantara nenda dan cucunda.

nenda: nanti kalau dah dapat keje kat Johor, boleh lah nenek duduk sekali dengan kak lah (sayalah tu).. Takyah keje shift2. Keje siang je. Hari minggu pun tak keje. Pergi ngan balik keje ngan Cik Sham. Nanti hari minggu, kita balik rumah nenek dengan bibik (pembantu rumah pakcik saya), kemas2 rumah nenek..

cucunda:hehehe (ketawa tanpa mampu berkata2)

Dat was hard decision that I need to decide by my own. Yalah. my cinta hati di Kuala Lumpur. Then, I made a phone call with my cinta hati. Ya, yang pasti beliau terkejut, even saya pun masih dalam kejutan. Dan saya rasa hampir menangis nak tetapkan pendirian saya even saya rasa my cinta hati pun hampir nangis dengan pendirian saya.. eh.. ye ke? ehehe..

Then, on 25 Dec, my cinta hati, my adik2 and me, went to JB. hehe.. yalah.. my interview on 26 Dec, 6 days after I send my resume to my uncle..hehe.. even, tarikh interview pun ditetapkan secara drastik. Ini adalah disebabkan pekerjaan saya sekarang mempunyai jadual yang telah ditetapkan setiap bulan. tak mahu lah menyusahkan rakan2 sekerja saya yang lain..huhu..

That was the day, when my cinta hati meet my nenek, my uncle and also my mak long( jumpa mak long sebab hantar kad kawen cousin) for the first time.. Satu perkara yang saya pasti nenek saya suka terhadap my cinta hati adalah disebabkan satu peristiwa subuh dimana my cinta hati kejutkan sepupu lelaki saya (budak 10 tahun) untuk bangun solat subuh..hehehe.. Hey you know, sometimes a simple thing boleh buat orang tua suka kat kita tau.. So saya rasa tak valid lagilah kalau my cinta hati nak guna ayat ni.. "Nanti kalau nenek carikan jodoh sayang dengan orang lain macam mana?" hehehe :P

Sekarang, saya masih menunggu jawapan dipihak sana, even my bos pun sama. Sebab kalau tak sekarang ini saya sudah dapat letter of confirmation employment dekat syarikat saya sekarang ni. Tapi disebabkan saya sudah inform mereka yang kemungkinan saya akan tukar keje, makanya confirmation saya itu di 'kiv' kan sehingga saya betul2 konfem dapat job di Johor itu..

Dan doakan agar perancangan saya bersama my cinta hati untuk ketahap perhubungan seterusnya dapat berjalan dengan lancar. InsyaAllah.. Doa kan agar jodoh kami berkekalan.. :)

Thursday, November 17, 2011

W7 vs Ubuntu.


Salam semua


Kali ini saya ingin berkongsi sedikit idea. Masalah ini bermula apabila saya ingin membuat dual-boot dalam laptop saya. Pada mulanya laptop saya menggunakan Windows 7 Ultimate. ( ye.. bukan ori pun. ) Kemudian, datang bisikan Ubuntu 11.04 (Natty Narwhal) di telinga saya membisikkankata-kata cinta. Maka, saya seorang wanita yang mempunyai hati yang rapuh ini, haruslah terus jatuh cinta.


Makanya, apabila hampir termetrainya satu perjanjian antara saya dan sang arjuna Natty. Tiba2 abang W7 memutuskan perjanjian kami.

Eh korang faham tak ayat tak berapa nak pujangga ni.. hehehe.


Ok. Kembali kepada kehidupan realiti.

Masa aku nak install Ubuntu 11.04, dan aku rasa aku tersalah install, maka secara tiba2 W7 aku corrupt (window suruh aku repair benda ntah sebab ada file missing). Kah3. Makanya aku, install Ubuntu 11.04 ni sebagai primary OS aku. Tapi, ada satu masalah pulak dengan U11.04 ni, dia tak boleh detect CD RW/DVD rom drive aku.. memang kepanasan jugaklah sebab aku baru sedar masalah ni minggu lepas. Aku ingatkan CD yang problem. Penat je aku sebal hati CD gambar konvo aku tu kosong. Rupanya U11.04 ni yang tak detect. Hampeh betul.



Dan disebabkan aku tak jumpa cara penyelesaian, makanya aku install Ubuntu 11.10 (Oneiric Ocelot). Tiba2 keinginan aku untuk mengembalikan W7 adalah sangat tinggi. Sebab tak boleh nak karok sangat guna U11.10. Memanglah ada software minilyric untuk U11.10 iaitu Osdlyric. Tapi... lagu korea kluar tulisan korea. Kalau aku dulu belajar kat korea takpelah. Ni nak edit lirik pun tak boleh. (Alasan tak munasabah betul. Kah3)


Makanya, setelah selamatkan semua file aku dimasukkan kedalam Simpanan Awan Ubuntu (Ubuntu One), makanya bermulalah operasi menginstall W7. Tetapi malangnya. Ye ada malangnya. Ada error masa install W7. Aku tak berapa ingat lah pulak error dia apa. Makanya usah kaorang risau kalau korang ada problem macam aku..

Pertama sekali, korang masukkan CD Installer Windows 7 (ori ke tak ori ke. itu belakang kira). Kemudian korang boot lah dari CD. Lepas pilih bahasa apa yang korang nak. Korang pilih startup repair. Then buat lah macam mana sampai korang boleh masuk Command Prompt. Aku pun terlupa macam mana boleh masuk cmd, sebab2 tiba2 je aku main2 tekan dia keluar cmd. Kah3.



Then korang follow command dari link ni.




Command ni untuk format korang punya Drive lah. Tak perlulah nak cari pemutar skru ke nak bedah2 laptop korang ni. Guna simple command je.



Kemudian semasa korang duk kalut ikut cmd dekay youtube tu, ada satu cmd yang korang akan dapat error “Volume size to big”. Kalau dapatlah kan. Error ni bahagian masa korang taip cmd ni

>format fs=fat33 quick

Jangan risau. Korang gantikan dengan cmd ni

>format fs=fat32



Dan sekarang ini, aku beranggapan korang dah berjayalah kan. Silalah install W7 korang macam biasa. Kalau ada masalah juga, p google sendiri. Akupunya ok je. Hak3


Renung2kan dan selamat mencuba

Saturday, November 5, 2011

Bila terkenang kisah yang lepas

Salam semua


Saja nak menulis setelah sekian lama kesepian menyepikan diri. Menjalani kehidupan sebagai seorang yang bekerjaya amat memenatkan. Pagi pergi kerja, balik tidur. Keinginan untuk berpesta berseronok dimalam hari tidak pernah difikiran. Rindu rasa hati ingin belajar semula. (T-T)


Di kala malam yang sunyi, ditemani hujan yang lebat diluar dan siaran astro yang @#%$% , tiba2 terimbas kembali kenangan2 yang lama yang penuh kisah suka dan duka menjadi seorang wanita gadis yang bernama FADILAH.


Makanya, bermulalah episod...


perut dah berbunyi. Lapar..


ok bye..

Wednesday, September 21, 2011

Horoscope

Salam semua..

Nak dipendekkan cerita, dalam team aku kat office tu, adalah seorang kanak-kanak jejaka India. Kami lebih suka berYM kat dalam office. keh3x. Hampir semua rahsia kerajan2 kami, kami bincang dalam YM. Padahal kami duk bersebelahan je. Takut digelar kami asik bersembang kopi mungkin. sebab tu kami berYM. Dah kata rahsia. hehe.

Kembali ke tujuan asal. Tadi beliau tanya aku. Lahir bila? Jam berapa? Dekat mana?

Dia nak p cek horoscope aku kat stu laman web yang fofular dikalangan orang India. Untuk pengetahuan anda yang baru dipengetahuan aku, orang India ni sangat mempercayai horoscope. Sebelum mereka2 ni kawen, mereka akan cek dulu horoscope mereka sama ada mereka ni sesuai atau tidak. Nak cek horoscope ni, diaorang cek guna bulan, planet dan macam2 lagi. aku takj ingat sangat..ahaha..

Tapi tujuan utama aku, aku nak bagi tau lah keputusan horoscope aku yang dia cek. Aku tau, sebagai seorang umat Islam, kita tak harus percaya atau berpegang benda2 macam ni. Aku just ambil tahu je. Bukan percaya. Kadang2 bukan semuanya betul pun. Ye dop.

Dia kata, aku ni ramai kawan. Sangat ramai. Tapi yang betul2 rapat dengan aku, adalah sangat sedikit. Bagi aku, adalah benarnya disitu.

Dia kate ke aku lagi, aku ni boleh faham banyak subjek dan pandai uruskan semua subjek tu. Bagi aku, kalau aku pandai uruskan, dah lama aku dapat 4 flat semua subjek.keh3x.

Dia kata ke aku lagi, kemajuan utama dalam hidup aku adalah kerana aku percaya dengan tuhan. Bagi aku, Alhamdulillah, semoga itu menjadi pegangan hidupku. Pegangan kepada agama Allah.

Dia kata lagi, disebabkan aku mempunyai hati yang lembut, aku akan cepat kecewa kalau ada sebarang tuduhan mahupun sesuatu benda yang tak ikut perancangan yang aku aturkan. Bagi aku, siapa2 yang kenal aku, konfem akan tahu lah kan. Cuak tak cuak kalau aku handle sebarang event.keh3x. Cuak tak cuak aku time FYP. hehehe..

Dia kata ke aku lagi, Bila aku bersedih, aku akan rasa lega bila bercerita dengan orang terdekat aku. Bagi aku, yang ni mmg betul. sebab aku jenis tak suka nak cari gaduh mulut dan aku jenis pendam. Bila aku cerita semua tak puas hati aku kat teman rapat ku, makanya, kemarahan ku aku beransur hilang. Tapi, once korang dah cecah limit, memang korang takkan dilayan sampai bila2.

eh.. dah panjang sangat ni. berenti dulu lah. nak makan. dah lapar.

bye2.

Monday, August 22, 2011

pesan

dia pesan ke aku.
abang nak bagi tau awal2, mak abang garang. nanti kalau sayang kena tegur dengan mak abang, jangan terasa tau.

aku terdiam. aku tak jawab pape pun. aku cuma tersenyum.

dalam hati aku kata.
macam iras2 mak aku je. mak aku pun pesan benda yang sama.





dia pesan ke aku lagi.
nanti kat dapur, sayang tolong2lah mak masak.

aku terdiam. aku tak jawab pape pun. aku cuma tersenyum lagi.

dalam hati aku kata.
patutlah mak aku pesan awal2. tolong mak aku kat dapur. nanti kawen malu tak tau buat kerja dapur.





dia cerita ke aku.
mak kalau mak suruh, mak suka anak2 dia buat time tu jugak.

aku dengar sambil tersenyum.

dalam hati aku kata.
mak aku pun pesen gitu gak.